Followers

Saturday, April 3, 2010

ICT Dalam Pendidikan

KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan

1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

Petikan tersebut di muat turun dari http://www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan/ pada 3-4-2010 jam 6.30p.m.

3 comments:

  1. Walaupun ada banyak kebaikan tetapi ada juga banyak keburukannya. Terpulanglah kepada manusia untuk menentukannya!

    ReplyDelete
  2. We must think it positively...

    ReplyDelete
  3. Tepuk dada tanya selera .. apa pun terpulang pada kita bagaimana nak gunakan ... kalau pemikiran kita sempit dan tiada etika .. apa pun tak guna .. tapi bagi saya ... tahniah pada semua kohort 9 walau pun dah tua.. tapi masih berusaha ... TQ pn. Harnani

    ReplyDelete