Followers

Monday, April 19, 2010

Isu dan Cabaran ICT

faedah-faedah integrasi ICT telah banyak diperkatakan dan dibincangkan. Antaranya meningkatkan peluang pekerjaan, meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos, membantu dalam pengurusan sumber, meningkatkan perkhidmatan pelanggan, membawa kelebihan kompetitif, meningkatkan komunikasi, kualiti produk dan perkhidmatan.

Disamping itu, ICT juga membuka ruang baru dalam bidang pendidikan dengan penggunaan kaedah pendidikan maya. Namun begitu, terdapat berbagai-bagai cabaran yang terpaksa dihadapi khususnya oleh pihak pengurusan dan kepimpinan pendidikan dalam melaksanakan integrasi ICT dalam pendidikan.

Perbincangan mengenai isu dan cabaran ICT perlu dilihat dari tiga dimensi, iaitu Etika, Sosial dan Politik.

Dimensi Etika
Dari aspek Etika, kita perlu melihat adakah ICT akan digunakan secara beretika yang bersesuaian dengan nilai-nilai masyarakat. memang benar ICT boleh digunakan untuk faedah dan kepentingan masyarakat, namun terdapat juga penggunaan ICT dengan tidak beretika seperti penyebaran maklumat palsu, penggunaan bahan-bahan lucah, pencurian maklumat dan sebagainya.

Dimensi Soaial
Dari aspek sosial pula, kita perlu melihat kesan ICT terhadap hubungan interpersona, nilai kemanusiaan, perlindungan hak individu dan keselesaan, kesihatan dan persekitaran.

Dimensi Politik
Aspek politik merujuk kepada peraturan-peraturan dan undang-undang yang dilaksanakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa. Ini termasuk bayaran-bayaran cukai dan duti, perlindungan hak cipta dan hak intelek, serta dasar-dasar ICT. Terdapat berbagai persoalan yang timbul hasil penggunaan ICT. Antaranya, apakah dasar ICT Kementerian Pelajaran Malaysia? Adakah lagu dan filem yang dimuat-turun dari internet boleh dikena cukai? Apakah perlindungan yang duberikan oleh undang-undang ke atas hasil kajian seseorang penyelidik?

Petik dari Kertas kerja Wan Mustama bin Wan Abdul Hayat di Prosidang Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan ke -12, 2004.

1 comment:

  1. Tidak dapat dinafikan bahawa ICT dapat membantu dalam pengurusan harian. Namun penggunaannya perlu dipantau oleh pihak yang tertentu agar ia tidak disalahgunakan oleh sebilangan pengguna yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete