Followers

Saturday, April 10, 2010

Integrasi internet dalam pendidikan

Integrasi internet dalam pendidikan

Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ). Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah matematik. ( Keterangan lanjut tentang internet boleh didapati dalam http://www.msn.com/tutorial/default.html )

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
· Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
· Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.
· Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
· Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa. Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
· E – mail (Mel Eletronik)
· Laman Web (WWW)
· Internet Relay Chat (IRC)
· Telnet
· Kumpulan Diskusi dan Berita
· File Transfer Protocal (FTP)
Semua kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Tengku Zawawi bin Tengku Zainal. Penggunaan Internet Dalam Pendidikan Matematik muat turun dari http://jusni.tripod.com/penggunaan_internet.html.

2 comments:

  1. kesan negatif yang dibawa oleh penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran adalah hubungan antara pelajar dengan guru menjadi semakin longgar.Pelajar lebih sukan berdepan dengan komputer kerana dunia internet lebih mesra,mencabar dan dapat memuaskan cita rasa mereka.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju dengan Tan bukan dengan guru saja.Anak-anak di rumah pun lebih gemar mengadap komputer dari bersosial di luar..dan itu juga ada kelebihannya,kita tak perlu risau tentang mereka di luar..namun kena pastikan juga apa yang dilayari mereka...itu yang bahayanya dunia internet tanpa sempadan. Oh ya bagaimana dengan PTK tadi? Saya rasa macam buat assignments di IAB dan UPSI saja..soalan-soalan sama seperti yang pernah kita buat,kalau tak silap le...Apa pun pengalaman ambil PTK kali ni amat berharga buat saya.

    ReplyDelete