Followers

Sunday, April 4, 2010

Penggunaan teknologi internet

Penggunaan teknologi internet
Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat dan
seterusnya pretasi pelajar. Kajian yang dilakukan oleh US National School Foundation dalam
Thomas (2000) terhadap 1735 ibu bapa dan 601 pelajar di Amerika Syarikat mendapati 53% ibu bapa dan 48% pelajar mengatakan penggunaan utama internet ialah untuk menyiapkan kerja sekolah.

Kajian menunjukkan 43% daripada responden kajian menyatakan penggunaan internet dan multimedia meningkatkan prestasi pencapaian mereka di sekolah. Mengikut kajian yang dijalankan oleh MCI (1998) di Amerika Syarikat yang berkaitan dengan penggunaan internet dalam pendidikan, 91% guru berminat dengan penggunaan internet semasa mengajar.

Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa lebih 48% guru sudah menggunakan internet dalam pengajaran mereka. Kebanyakan guru dan masyarakat di Amerika percaya internet dapat meningkatkan taraf pendidikan kerana;
i. 90% berpendapat internet dapat meningkatkan pencapaian pelajar;
ii. 97% berpendapat internet dapat menyediakan pelajar kepada kejayaan di masa hadapan;
iii. 87% berpendapat internet dapat mengurangkan kos yang perlu guru gunakan dalam
aktiviti dalam kelas.
Dalam mengkaji tahap penggunaan internet dalam pendidikan, Sunal (1996) telah
mengkategorikan tahap penggunaan internet kepada lima tahap penggredan seperti dalam
di bawah:
Tahap 1 Mengumpul maklumat dari internet
Tahap 2 Berkongsi maklumat yang boleh diperolehi daripada internet dengan pelajar.
Tahap 3 Mengaplikasikan atau menerapkan penggunaan internet terus ke dalam pengajaran yang hendak disampaikan.
Tahap 4 Guru bertindak sebagai pemudahcara dalam projek pelajar yang menggunakan pelbagai sumber dari internet.
Tahap 5 Pelajar merancang dan melaksanakan penggunaan internet itu sendiri.

Rujukan:
Sunal, Smith & J. Britt (1996). Elemetary Perceive Teaacher Use of the Internet In Designing &
Teaching Social Studies Based Integrated Units, National Council For Social Studies.

Sunal, Cyntia, S. Smith (1998). Using Internet To Create Meaningful Instruction, Social Studies,
Jan/Feb 98 Vol. 89 Issue 1

TEKNOLOGI INTERNET DALAM PENDIDIKAN : CIRI, PENGGUNAAN,APLIKASI DAN MULTIMEDIA INTERAKTIF muat turun dari http://e-pendidikan.net/guruinternet.html http://kdp.ppk.kpm.my http://ctl.utm.my
Washington D.C

5 comments:

  1. Begitu luasnya penggunaan internet. Kita tidak dapat berkongsi maklumat tanpa internet sebagaimana yang kita lakukan sekarang ini. Besyukur kerana dapat meningkatkan ilmu bersama melalui internet.

    ReplyDelete
  2. Memang benar internet dapat membantu proses P&P di sekolah kerana pelajar dapat mencari bahan serta maklumat tambahan selain yang diajar oleh guru.Jika penggunaan internet dibuat di sekolah, guru-guru boleh memantau bahan-bahan yang diakses oleh pelajar tetapi kelemahannya ialah jika penggunaan internet tidak dipantau oleh orang dewasa khususnya ibubapa di rumah peluang itu ada kemungkinan digunakan oleh pelajar untuk mengakses bahan-bahan yang tidak sepatutnya dilihat/dibaca oleh mereka.Ini bukan sahaja boleh merosakkan minda mereka malahan mereka juga boleh terjerumus dengan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti melakukan seks bebas dan perlakuan ganas lain.

    ReplyDelete
  3. Memang banyak pengetahuan yang kita dapat melalui internet ... tengok saja blog yang kita buat .. bukan hanya suka-suka tapi maklumat boleh dikongsi bersama .. very intresting .. cuma sebagai pentadbir kita perlu galak all our staff merentasi zaman .. they must get out from thier comfort zone/box ...

    ReplyDelete
  4. Dengan adanya komitmen dari semua warga pendidik,P&P akan berlaku secara berfungsi dan berkesan.

    ReplyDelete
  5. Guru dan ibu bapa mesti memainkan peranan mereka dalam membimbing dan memberi tunjukajar serta mendidik golongan anak-anak muda ini supaya mereka dapat memilih jalan yang betul dan bahan yang sesuai untuk mereka.

    ReplyDelete